Siri Realme 5 kini rasmi – Kamera 48MP pertama dalam kelasnya

Siri terbaru Realme 5 kini telah rasmi dilancarkan di India yang hadir dengan dua pilihan model iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro. Kedua-duanya adalah telefon pintar kelas pertengahan.

Kedua-duanya dikatakan mempunyai rekaan kristal terbaru dengan kesan khas pada warna membuatan telefon pintar ini lebih tampak unik.

Realme 5

Dikuasakan dengan Snapdragon 665, skrin LCD bersaiz 6.5-inci HD+ (720 x 1600 piksel), storan sehingga 128GB, 3GB atau 4GB RAM, mempunyai slot kad SD, bateri sebesar 5000mAh bersama kabel pengecasan mikroUSB yang menyokong sehingga 10W.

Pada bahagian lain, Realme 5 dilengkapi dengan quad-kamera 12MP f/1.8 sebagai kamera utama, kamera sudut lebar 8MP, sensor bokeh dan makro 2MP. Untuk swafoto, ia menggunakan kamera 13MP.

Realme 5 Pro

Veris Pro, ia dikuasakan dengan Snapdragon 712, skrin LCD bersaiz 6.3-inci HD+, storan sehingga 128GB berasaskan UFS 2.1, dan RAM sehingga 8GB, mempunyai slot kad SD dan bicu audio 3.5mm, bateri sebesar 4035mAh bersama kabel pengecasan pantas Type-C yang menyokong sehingga VOOC 3.0 dengan kuasa 20W.

Realme 5 Pro juga turut mempunyai quad-kamera yang dilihat lebih baik dengan sensor kamera 48MP f/1.8 Sony IMX586 sebagai kamera utama, 8MP f/2.25 sudut lebar, 2MP kamera bokeh dan 2MP sensor makro.

Harga

Pilihan warna yang ditawarkan buat Realme 5 Pro adalah Sparkling Blue dan Crystal Green Bakal dijual bermula 4 September ini dipasaran India. Manakala buat Realme 5 adalah Crystal Blue dan Crystal Purple bakal tersedia pada 27 Ogos ini.

Harga untuk Realme 5 yang ditawarkan buat pasaran India bermula Rs 9,999 (~RM583). Manakala untuk Realme 5 Pro ditawarkan dengan harga bermula Rs 13,999 (~RM817). Namun setakat ini tiada kepastian lagi bila ia akan memasuki pasaran tempatan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: