Siri jam tangan pintar Amazfit terbaru kini rasmi — GTS dan Sport Watch 3

Syarikat daripada Xiaomi iaitu Huami yang sebelum ini cukup terkenal dengan jam pintar sukan yang dijual dengan harga berpatutan kini telah melancarkan siri terbaru Amazfit seterusnya iaitu GTS dan Sport Watch 3.

Untuk Amazfit GTS, ia mempunyai rekaan skrin seperti Apple Watch yang berbentuk segi empat dengan panel AMOLED bersaiz 1.65-inci, resolusi 348 x 442 piksel, 341 ppi piksel density dan 100% NTSC gamut.

GTS mempunyai binaan badan aloi aluminium senipis 9.4mm dengan berat 24.8 gram. Pada fungsi lain, ia juga turut dilengkapi dengan NFC, BioTracker PPG yang boleh mengesan degupan jantung selama 24 jam dan juga ketahanan kalis air 50 meter. Harga jualan bernilai CNY 899 (~ RM527).

Manakala untuk Sport Watch 3, ia hadir dengan dua model iaitu Sport Watch 3 Standard Edition, dan Elite Edition yang lebih premium kerana binaan badan dan butang adalah Titanium bersama kaca Sapphire. Mempunyai skrin bersaiz 1.34-inci bersama 512MB dan storan 4GB.

Menariknya dengan jam pintar ini, Sport Watch 3 ini mampu bertahan sehingga 7 hari untuk penggunaan yang penuh dan mampu bertahan sehingga 14 hari dengan fungsi mod Ultra.

Pada fungsi lain, ia juga turut dilengkapi dengan NFC, BioTracker PPG yang boleh mengesan degupan jantung selama 24 jam, pengesan GPS, GLONASS, Beidou, Galileodan dan juga ketahanan kalis air 50 meter. Harga jualan untuk versi biasa bernilai CNY 1,299 (~ RM762), manakala buat versi Ellite bernilai CNY 1,699 (~ RM996).


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: