Siaran TV analog akan beralih ke siaran TV digital secara berperingkat

Hari ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa siaran TV analog akan ditukar kepada siaran TV digital secara berperingkat di Malaysia.

Pertukaran siaran ini adalah daripada menggunakan siaran berantena kepada perkhidmatan myFREEVIEW dan MyTV yang mempunyai dekoder. Perkhidmatan TV digital ini boleh didapati melalui dekoder dan menyiarkan pelbagai 15 siaran tempatan seperti TV3, TV2, TV1, TV Al-Hijrah, CJ WOW Shop dan pelbagai lagi.

Peralihan siaran ini telah mula dikuatkuasa dikawasan Langkawi pada 21 Julai yang lalu dengan menutup siaran TV analog dan seterusnya akan meliputi kawasan lain seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak pada 19 Ogos ini.

Manakala seterusnya akan meliputi kawasan utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis pada 2 September. Kemudian pada 17 September meliputi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dan akhir sekali Sabah dan Sarawak pada 30 September ini.

Disamping itu, kerajaan juga turut menjangkakan bahawa siaran TV analog akan ditamatkan menjelang tahun 2020. Oleh itu, hanya siaran TV digital sahaja yang boleh ditonton oleh rakyat Malaysia dengan 15 siaran yang tersedia secara percuma.

Maklumat lanjut tentang myFREEVIEW, boleh pergi ke portal rasmi myfreeview.tv.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: