Setelah 5G, Huawei kini memulakan penyelidikan terhadap rangkaian 6G

Umum sedia maklum bahawa beberapa negara maju kini sedang giat menjalankan penggunaan teknologi 5G sebagai sambungan internet generasi ke-5. Malaysia juga turut tidak terkecuali telah memulakan ujian terhadap teknologi 5G.

Walaupun 5G masih belum diimplentasi secara meluas, kini Huawei dilaporkan sudah memulakan penyelidikan terhadap rangkaian internet generasi ke-6 iaitu 6G.

Menerusi laporan, Huawei menjalan penyelidikan itu di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan mereka di Ottawa, Kanada. Syarikat itu juga turut bekerjasama secara rapat dengan hampir 13 universiti terpilih dan institusi penyelidikan lain terhadap rangkaian 6G.

Memandangkan penyelidikan ini masih diperingkat awal, agak sukar untuk menjangkakan apa yang dapat ditawarkan oleh rangkaian 6G. Hatta, jika rangkaian 5G dijangka hadir pada tahun 2021, rangkaian 6G pula dijangka hadir sekitar tahun 2030.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: