Setelah 20 tahun, Nokia 3310 masih mempunyai bateri 70%

Jika sebut saja jenama Nokia, pasti ramai yang masih mengingati model Nokia 3310 yang cukup terkenal dahulu dikalangan pengguna, lebih-lebih lagi Malaysia yang menggelarnya sebagai tiga-tiga sekupang atau fon baling anjing.

Menerusi laporan dari Chesterbugle, terdapat pengguna bernama Kevin yang telah menjumpai semula fon Nokia 3310 beliau didalam laci rumah setelah 20 tahun ia ditinggalkan dan tidak digunakan.

Apa yang memeranjatkan adalah fon itu masih lagi hidup dan menunjukkan kapasiti bateri 70% setelah 20 tahun tidak digunakan. Kevin turut mengatakan bahawa beliau tidak ingat mengecas fon berikut, mahupun memiliki pengecasannya.

Namun ada yang berpendapat bahawa ia adalah berita palsu kerana tidak mungkin bateri fon bertahan selama itu. Apa pun tiada kepastian tentang maklumat ini. Jika benar, ia sememangnya sesuatu yang luar biasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: