Samsung umumkan kamera 108MP dengan kerjasama Xiaomi

Pada awal minggu lalu Xiaomi telah mendedahkan bahawa telefon pintar mereka bakal dilengkapi dengan sensor kamera 108-megapiksel (108MP), kini Samsung telah mengesahkan bahawa syarikat itu bekerjasama dengan Xiaomi untuk mengeluarkan teknologi kamera ISOCELL Bright HMX 108MP.

Ia adalah sensor yang pertama buat telefon pintar yang mempunyai MP melebihi 100MP. Sensor terbaru itu mempunyai 0.8 mikron piksel seperti yang digunakan pada sensor 48MP dan 64MP. Selain itu, sensor ini juga mempunyai keupayaan mengambil gambar dengan resolusi 2,032 x 9,024  piksel.

Hatta, saiz juga telah diperbesarkan kepada 1/1.33″ yang membolehkan sensor ini lebih menyerap cahaya dalam keadaan kurang cahaya, dan juga menyokong rakaman video sehingga 6K (6016 x 3384 piksel) 30fps.

Samsung juga mengatakan bahawa pengeluaran besar-besaran buat sensor ISOCELL Bright HMX ini akan bermula pada akhir bulan ini. Terdapat ura-ura yang berpendapat bahawa sensor ini akan diperkenalkan buat kali pertama pada Xiaomi Mi MIX 4. Apa pun, nantikan sahaja maklumat selanjutnya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: