Samsung Galaxy Note 10+ mendapat penarafan A+ dari DisplayMate

Siri Samsung Galaxy Note 10 sememangnya mempunyai skrin yang cukup cantik jika dipandang kerana ia menggunakan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED WQHD+ dengan HDR 10+.

Kini menerusi laporan, DisplayMate telah mengeluarkan penarafan terbaru yang menunjukkan Galaxy Note 10+ mendapat skor A+, sekaligus menjadi peranti dengan skrin paling terbaik.

Paparan kecerahan Galaxy Note 10+ mempunyai kecerahan 1,308 nits iaitu 25% berbanding Galaxy Note 9. Malahan, Galaxy Note 10+ juga mendapat kecerahan 793 nits pada kecerahan yang penuh dan ia amat bagus untuk kawasan luar.

Info lanjut tentang pemarkahan DisplayMate, lihat di pautan ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: