Samsung Galaxy Book S juga turut dilancarkan – Dikuasakan dengan Snapdragon 8cx

Selain dari pelancaran siri Samsung Galaxy Note 10 yang terbaru, Samsung juga turut melancarkan komputer riba iaitu Galaxy Book S yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 8cx (7nm 64-bit Octa-core).

Galaxy Book S mempunyai skrin bersaiz 13-inci FHD TFT dengan sokongan skrin multi-sentuh, hadir dengan pilihan storan 256GB atau 512GB dan boleh slot kad SD ehingga 1TB, juga 8GB RAM.

Jika dilihat dengan teliti, Galaxy Book S mempunyai rekaan seperti Microsoft Surface dengan pelbagai ciri menarik dan ketahanan penggunaan yang lebih baik.

Yang menariknya dengan Galaxy Book S ini adalah ia mempunyai ketahanan bateri sehingga 23 jam tonton video tanpa henti, tidak menggunakan sebarang kipas, mempunyai 40% CPU yang lebih baik dan 80% prestasi GPU yang lebih hebat.

Membuat Galaxy Book S ini lebih unik lagi, ia mempunyai sokongan 4G LTE, berat tidak lebih dari 1KG, sokongan Windows Hello, pembesar suara AKG dengan sokongan Dolby Atmos, kamera hadapan 720p, dan pengimbas cap jari yang terbina.

Harga jualan berniai $999 (~RM4,202)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: