Sambut Merdeka bersama OneCALL

OneCALL menganjurkan sambutan kemerdekaan malam ini dengan acara yang dijangka meriah.

OneCALL yang disediakan TFP Solutions Berhad adalah revolusi prabayar dengan kad SIM OneCALL yang ‘revolusioner’.

 

OneCALL menggabungkan teknologi kewangan (fintech) melalui keupayaan eWallet termasuk ciri-ciri unik seperti pengiriman wang, ATM maya, PIN permainan, produk gaya hidup, pembayaran bil dan program usahawan B40.

 

Pada Hari Merdeka, OneCALL juga merupakan penganjur bersama untuk Countdown Malam Merdeka 2019 bersama dengan Malaysian Busker Club dan Kementerian Pelancongan, Industri dan Kebudayaan.

 

Acara yang akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 30 Ogos 2019 bermula jam 6 petang hingga tengah malam.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: