Rekaan sebenar Huawei Mate 30 Pro terdedah

Beberapa bulan ini nampaknya kita semakin rancak dengan pelbagai telefon pintar yang berkuasa dari pelbagai jenama. Huawei dilaporkan bakal melancarkan siri Mate 30 terbaru mereka pada bulan September ini.

Dalam pada itu, terdapat poster rasmi Huawei Mate 30 Pro yang telah terdedah di Weibo menunjukkan peranti itu mempunyai rekaan kamera berbentuk bulat seperti yang tertiris sebelum ini.

Kita dapat lihat menerusi gambar yang peranti ini akan menggunakan quad-kamera seperti kebanyakan fon masa kini. Dan yang pasti ia akan dilengkapi dengan fungsi baru pada kamera.

Selain itu, terdapat juga komponen bahagian skrin yang turut terdedah menunjukkan peranti itu masih mengekalkan skrin yang bertakuk (notch) yang dilihat mempunyai dua lubang sensor. Tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah dwi-kamera atau satu kamera bersama sensor pengecaman wajah yang dipertingkatkan.

Siri Mate 30 kali ini juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan cip pemproses terbaru dari Huawei iaitu Kirin 990 yang turut diperkenalkan pada bulan hadapan 9 September di acara khas IFA 2019 di Berlin.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: