Rekaan OnePlus 7T bocor!

Oleh : Sahmel Watanabay

Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus, Pete Lau baru-baru ini telah mengesahkan bahawa syarikatnya sedang berusaha ke arah telefon pintar 5G kedua sebelum akhir tahun ini.

Dari apa yang dapat dilihat pada kebocoran rupa paras OnePlus 7T, peranti ini mungkin hadir dengan modul kamera belakang bulat, seperti gambar rekaan modul kamera Huawei Mate 30 yang tertiris.

Tetapi seperti yang kita tahu sekarang, OnePlus 7 Pro 5G adalah 5G pertama dari Oneplus. Melihat rekaan dari imej yang bocor sememangnya langsung tidak sepadan dengan rekaan Oneplus 7 5G.

Dengan trend OnePlus yang melancarkan dua model mercu pada setiap tahun, ianya bakal menjadi realiti. Tapi pada peringkat awal ini tiada lagi maklumat yang menunjukkan bahawa telefon pintar atau prototaip ini masih dalam pembangunan atau sebaliknya.

Jika melihat dari laporan sebelum ini, bahawa pelancaran siri OnePlus 7T akan dilancarkan pada 26 September ini. Dari segi rekaan skrin juga turut terdedah dengan mengekalkan skrin penuh tanpa takuk. Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal mereka perkenalkan.

Gambar oleh @evleaks

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: