Redmi TV hadir dengan skrin bersaiz 70-inci 4K HDR dan harga sekitar RM2,240

Selain dari siri Redmi Note 8 yang dilancarkan hari ini, Redmi juga turut melancarkan televisyen pintar terbaru mereka iaitu Redmi TV yang hadir dengan skrin bersaiz 70-inci.

Melihat dari rekaan, bingkai yang digunakan pada TV ini nampak sangat nipis, rekaan yang sangat minimal dan dengan paparan skrin sebesar itu, Redmi TV mampu memberi pengalaman tontonan yang baik buat pengguna.

Dari segi spesifikasi lain, Redmi TV menyokong paparan resolusi 4K HDR, Dolby audio, DTS HD, 3 HDMI, 2 USB, 2GB RAM, 16GB storan, cip pemprosesan Amlogic quad-core 64-bit, dan antara muka PatchWall.

Xiaomi mengatakan bahawa Redmi TV bakal dijual bermula 10 September ini di China. Manakala pra-tempahan akan bermula pada 29 Ogos (hari ini) dan dijual dengan harga CNY 1,799 (~RM2,240).

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: