Redmi Note 8 telah disahkan – Lebih berkuasa dari peranti lain dalam kelasnya

Ura-ura tentang peranti terbaru dari Redmi akhirnya terjawab apabila Pengurus Besar Redmi telah mendedahkan bahawa syarikat itu sedang membangunkan Redmi Note 8 dan bakal hadir tak lama lagi. Anda juga tahu bahawa Redmi adalah sub-jenama kepada Xiaomi.

Pengesahan itu telah dikongsikan melalui laman Weibo. Beliau juga menambah“it is much stronger than the next door, rest assured”. Dan ia sememangnya berita baik buat penggemar siri Redmi Note.

Ada juga ura-ura mengatakan bahawa Redmi Note 8 bakal dikuasakan dengan cip pemproses terbaru yang diumumkan oleh MediaTek baru-baru ini iaitu Helio G90T dan dilengkapi dengan kamera 64MP. Menguatkan lagi ura-ura ini apabila terdapat laporan sebelum ini bahawa peranti terbaru Redmi bakal dilengkapi dengan Helio G90T.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.