Realme 5 Pro akan hadir dengan quad-kamera 48MP Sony IMX586

Dalam perkongsian yang terbaru dari Realme, syarikat itu telah mengesahkan bahawa Realme 5 Pro bakal hadir dengan quad-kamera dan 48MP pertama di India dalam kelasnya.

Sensor kamera utama 48MP yang digunakan adalah jenis Sony IMX586 yang mampu menghasilkan imej yang berkualiti. Selain itu, 3 lagi sensor lain masih belum didedahkan berapa megapiksel. Yang pasti, ia turut dilengkapi dengan kamera sudut lebar, makro dan mod potret.

Menurut beberapa sumber, ia akan dilengkapi dengan Snapdragon 712, skrin AMOLED dan pengimbas cap jari di skrin. Pelancaran rasmi Realme 5 dan Realme 5 Pro juga telah dijadualkan pada 20 Ogos ini di India.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: