Pra-tempahan Sony Xperia 1 bermula esok dengan hadiah bernilai RM1,599!

Pada acara khas MWC 2019 pada Februari yang lalu, Sony telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka Sony Xperia 1 yang memfokuskan pada kelas atasan yang premium. Namun ia tidak memasuki pasaran Malaysia.

Sony Xperia 1 dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855, skrin bersai 6.5-inci dengan paparan OLED 4K, storan 128GB bersama 6GB RAM dan sokongan kad SD sehingga 512GB. Selain itu, ia turut mempunyai bateri sebesar 3300mAh bersama pengecasan Xperia Adaptive Charging USB-C.

Baru-baru ini terdapat laporan bahawa Sony Malaysia telah mendaftar SIRIM buat Xperia 1 yang menandakan fon itu bakal memasuki pasaran Malaysia. Dan kini akhirnya terjawab apabila pihak Sony Malaysia telah membuka pra-tempahan.

Melalui laman penjualan dalam talian, Sony Malaysia telah menawarkan Sony Xperia 1 yang berharga RM4,299 bersama dengan hadiah percuma fon kepala WH-1000MX3 yang bernilai RM1,599.

Pra-tempahan bermula 24 Ogos sehingga 6 Oktober tahun ini. Pilihan warna yang ditawarkan adalah Ungu, Hitam dan Emas.

Namun pembelian ini hanya terhadap buat seorang, satu unit. Oleh itu, jika anda ingin membeli dalam kuantiti yang banyak, mungkin anda perlukan rakan atau ahli keluarga anda untuk bantu membelinya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: