Powerbank Black Shark dilancarkan – Kapasiti 10,000mAh dengan pengecasan 18W bernilai RM70

Black Shark bukan nama yang asing lagi dalam arena telefon pintar yang memfokuskan pada ciri permainan mudah alih. Baru-baru ini Black Shark 2 Pro telah dilancarkan dengan cip pemproses Snapdragon 855+.

Selain daripada fon, Black Shark juga turut melancarkan Powerbank mereka sendiri yang mempunyai kapasiti 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Dari segi rekaan, ia mempunyai rekabentuk yang sangat gagah, unik dan bercirikan rekaan fon yang pernah dikeluarkan Black Shark. Pada spesifikasi lain, Powerbank ini mempunyai paparan LED, 2x port USB-A dan 1x port USB-C.

Uniknya dengan Powerbank ini, port USB-C boleh mengecas Powerbank dan boleh juga mengecas peranti. Juga mempunyai keupayaan cas Black Shark 2 Pro sehingga 43% dalam masa 30 minit sahaja. Manakala pengecasan 10W boleh mengecas sehingga 23% dalam masa 30 minit.

Selain pada itu, ia juga mempunyai ciri keselamatan dari kepanasan melampau dan mengelakkan litar pintas. Harga jualan rasminya di China bernilai CNY 119, sekitar RM70 mengikut tukaran wang asing semasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: