PewDiePie menjadi YouTubers pertama cecah 100 Juta pengikut secara individu

Felix Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie di YouTube kerana keunikan video-video yang ditayangkan dan mempunyai pengaruh yang agak besar di YouTube kini telah mencecah jumlah pengikut sebanyak 100 juta secara global.

Bermula dari tahun 2013 sehingga kini, beliau telah mendapat takhta pengikut YouTube paling banyak didunia. Sekaligus menjadi YouTubers pertama yang telah mencecah pengikut sebanyak itu secara individu.

Saya pasti, ada juga antara pengguna YouTube di Malaysia yang meminati beliau, dan tak kurang juga yang tidak suka pada beliau kerana gambaran kurang senang, penggunaan bahasa dan perli memerli melalui video.

Namun PewDiePie kini telah mencipta sejarah dikalangan pengguna YouTube. Saya juga pasti, dengan kejayaan beliau ada yang sudah terinspirasi untuk membuat akaun YouTube sendiri. Kerana sebenarnya anda boleh menjana pendapatan melaluinya secara sepenuh masa.

Pihak YouTube juga sempat menzahirkan tahniah kepada beliau.


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: