Perlukah 5G di Malaysia? Ini perspektif Huawei

Dalam usaha untuk menyediakan teknologi paling pantas untuk kekal berhubung, HUAWEI komited untuk membawa lebih banyak produk dan perkhidmatan yang inovatif kepada pengguna di Malaysia, terutamanya dalam sektor 5G.

Sudah pasti,ia akan mengubah landskap digital di Malaysia sebagai negara yang merupakan pasaran utama di rantau ini terutamanya dalam segmen pengguna.

Ia disokong oleh kenyataan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Komunikasi Multimedia, Gobind Singh Deo semasa penyerahan laporan 5G di Malaysia Bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya baru-baru ini, di mana pelaksanaan 5G dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2020.

HUAWEI telah membangunkan teknologi 5G sejak tahun 2009 dan tumpuan strategik ini adalah refleksi daripada nilai teras syarikat iaitu untuk mengekalkan sentuhan pelanggan sekaligus memberi inspirasi dan berkembang.

Sejak penubuhannya pada tahun 1987, HUAWEI telah berubah dari syarikat kecil teknologi di Shenzhen, kepada gergasi teknologi global dengan 180,000 pekerja di seluruh dunia.

Lebih 90,000 daripada 180,000 pekerja adalah jurutera dari jabatan R & D, dengan 25,000 mereka berpusat di HUAWEI Ox Horn Campus. Pada masa ini, HUAWEI mempunyai lebih daripada 50 kontrak dengan 700 bandar-bandar di 100 negara termasuk Malaysia untuk pembangunan 5G dengan lebih daripada USD2 bilion atau kira-kira RM4 bilion dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Ia benar-benar satu langkah ke masa hadapan untuk Malaysia kerana teknologi 5G bukan sahaja akan membolehkan kelajuan muat turun lebih cepat, kawasan liputan yang lebih luas dan kependaman yang lebih rendah tapi ia juga akan mengubah banyak industry daripada penjagaan kesihatan dan pembinaan kepada tindak balas kecemasan yang penting dengan membuka kunci kemajuan.

Pengenalan teknologi 5G di Malaysia, akan terus memacu negara ke hadapan dan akan membuka peluang untuk kerjasama lebih besar dalam masa terdekat.

Semasa pameran 5G Malaysia di Putrajaya pada April ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, berkata rakyat Malaysia bukan sahaja dapat menikmati kelajuan internet yang lebih pantas dan liputan yang lebih baik dengan 5G, tetapi juga dapat memanfaatkan teknologi ini untuk melonjakkan ekonomi negara ke arah pertumbuhan yang kukuh dan mampan. Beliau berkata bahawa 5G akan memberi kesan kepada setiap industry.

Kehidupan harian kita pada masa akan datang akan menjadi lebih mudah dan lebih cekap – dipertingkatkan dan didayakan oleh sambungan 5G. Ia akan membawa inovasi yang mempunyai potensi untuk memberi kesan kepada setiap sektor yang terdiri daripada penjagaan kesihatan, pembuatan, keselamatan awam, hiburan, pengangkutan, pertanian dan pendidikan.

Ia termasuk petani dapat mengesan kelembapan dan keasaman tanah dalam masa sebenar untuk memaksimumkan hasil mereka; nelayan akan dapat meningkatkan teknik ketepatan, dan untuk kecemasan pula, ia membolehkan pasukan seperti ambulan atau polis dapat memberikan respon yang lebih cekap.

Perkara-perkara lain yang mungkin baru bagi rakyat Malaysia dengan pengenalan baru 5G termasuk Tele-Pembedahan, di mana teknologi 5G membolehkan imej yang besar dapat dihantar dengan cepat kepada doctor walaupun mereka tidak hadir secara fizikal, doktor masih dapat mendiagnosis dan merawat tabungan masa dan meningkatkan kualiti.

Pesakit yang berada di kawasan terpencil juga boleh diakses lebih mudah tanpa perjalanan jauh sehingga memerlukan helicopter dan sebagainya.

Rakyat Malaysia juga boleh menikmati strim video berkualiti tinggi yang memberikan lebih jelas untuk pengalaman hiburan yang dipertingkatkan. Permainan latensi ultra rendah, CCTV bertaraf HD dan lain-lain lagi semuanya dalam tercapai dengan pengenalan 5G baru di Malaysia.

Selain pembangunan 5G yang sedang berjalan, HUAWEI baru-baru ini mengumumkan hasil perniagaannya untuk separuh pertama tahun 2019. Pencapaian ini termasuk peningkatan sebanyak 23.2% dalam pendapatan untuk tempoh yang sama tahun lepas. HUAWEI yakin masa depan dan percaya bahawa semua pelaburan mereka terutamanya di Jabatan R & D akan memberi manfaat kepada syarikat secara keseluruhannya.

Disebabkan syarikat sentiasa berinovasi dan menyesuaikan diri, HUAWEI telah melonjak 11 tempat pada 2019 Senarai Fortune 500 datang pada nombor 61 tahun ini.

 

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: