Peluang pekerjaan dan pendapatan buat golongan mat motor melalui GOJEK

Demi membela nasib anak muda, lebih-lebih lagi mat motor di Malaysia, Menteri Belia dan SukanSyed Saddiq telah menyuarakan pendapat beliau untuk memastikan golongan tersebut mendapat lebih banyak peluang pekerjaan.

Ia adalah inisiatif teksi melalui motosikal, atau cukup terkenal sebagai GOJEK di negara jiran kita, Indonesia. Beliau juga turut percaya ia adalah langkah terbaik untuk menyediakan peluang pekerjaan pada golongan mat motor.

“Golongan mat motor mahukan pekerjaan & pembelaan, Bukan sahaja program one-off/Litar. Mereka wajib dibela. Jangan perlekehkan sumbangan mereka kepada negara.” katanya melalui Twitter rasmi beliau.

“Jika kita lihat perkhidmatan gojek yang dilaksanakan di Indonesia, mereka telah berjaya melahirkan lebih 2 juta peluang pekerjaan. Saya telah berbincang bersama Menteri Pengangkutan, dan perkara ini akan dibawa pada mesyuarat kabinet akan datang.” Tambahnya lagi.

Harapnya perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Sekaligus dapat memberi manfaat pada anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang bermotor dan tiada kelayakan akademik yang baik.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: