Pelancaran siri Redmi Note 8 dijadualkan pada 29 Ogos ini – Hadir dengan quad-kamera 64MP

Sebelum ini kita sudah mendengar tentang telefon pintar Redmi yang bakal dilancarkan mempunyai keupayaan kamera 64MP. Kini Redmi telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan siri Redmi Note 8 pada 29 Ogos ini.

Menerusi poster yang dikongsikan, dua model akan diperkenalkan iaitu Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro. Seperti biasa, saya menjangkakan kedua-duanya mempunyai quad-kamera dan model Pro sahaja yang akan dilengkapi dengan kamera 64MP.

Dari segi spesifikasi lain saya tidak dapat maklumat yang lebih terperinci, namun apa yang saya boleh jangkakan nanti adalah siri Redmi Note 8 bakal mempunyai kapasiti bateri yang besar, kamera swafoto pop-naik, dan cip pemproses siri Snapdragon 700 yang memfokuskan pada peranti kelas pertengahan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: