Oppo Reno 2 hadir dengan quad-kamera 20x zoom dan bakal dilancarkan pada bulan ini

Sebelum ini Oppo telah perkenalkan siri terbaru Reno yang mempunyai keupayaan zoom sehingga 10x kali. Siri Reno juga mempunyai rekaan yang berlainan dan unik jika dibandingkan dengan model Oppo yang lain.

Kini Oppo telah mengesahkan bahawa syarikat itu bakal melancarkan Oppo Reno 2 yang dijadualkan pada 28 Ogos ini secara rasmi di India.

Yang menariknya dengan Reno 2 ini, Oppo mendedahkan bahawa ia dilengkapi dengan quad-kamera dan mempunyai keupayaan zoom sehingga 20x kali. Bermakna, 10x kali ganda lebih zoom dari Reno sebelum ini.

Antara spesifikasi yang teritirs adalah ia masih mengekalkan kamera pop-naik sirip ikan seperti Reno sebelum ini dan menggunakan skrin jenis Full Motion. Namun setakat ini tidak pasti cip pemproses apa yang bakal digunakan buat Reno 2 ini. Apa pun, nantikan pelancaran rasminya nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: