OPPO beli paten dari Intel dan Ericsson

OPPO hari ini dilaporkan telah menandatangan perjanjian pertukaran 58 paten dari syarikat pengeluar cip pemproses terkemuka AS iaitu Intel yang berkaitan teknologi komunikasi selular mudah alih.

Selain itu, OPPO juga turut membeli lebih 500 paten dari syarikat Ericsson yang juga merangkumi teknologi komunikasi yang meliputi negara AS, Eropah, China dan India. Pembelian ini membolehkan OPPO membangunkan teknologi dengan kapasiti ke tahap pasaran secara global.

Hatta, OPPO juga telah melabur dalam jumlah yang besar kepada teknologi komunikasi seperti teknologi 5G. Pada tahun ini juga, paten teknologi 5G OPPO sudah digunakan lebih dari 20 negara diseluruh dunia.

Menjadi penyumbang dalam pembangunan 5G, OPPO juga telah memfailkan lebih dari 2,200 paten secara global dan telah menghantar lebih 2,600 kertas teknikal kepada 3GPP, organisasi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan komunikasi dan pembangunan 5G.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: