‘Made by Google’ akan menggunakan bahan kitar semula menjelang tahun 2020

Seperti kita semua tahu, Google bukan sahaja syarikat yang menawarkan perkhidmatan rangkaian internet, tapi Google juga banyak mengeluarkan produk mereka seperti siri telefon pintar Pixel, tablet, komputer riba, pembesar suara dan pelbagai lagi.

Hari ini Google telah mengumumkan bahawa pada tahun 2020 kesemua produk keluaran Made by Google akan dikeluarkan dengan bahan karbon neutral dan bahan kitar semula pada tahun 2022.

Usaha ini tidak lain tidak bukan adalah untuk alam sekitar dan produk-produk yang lebih bersifat mesra alam yang bakal dikeluarkan pada masa hadapan.

Google juga turut menambah bahawa pada menjelang 2022, Google mengatakan ia akan merangkumi bahan kitar semula dalam semua produk mereka, termasuk Google Home, telefon pintar Pixel dan komputer riba Pixelbook.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: