Lebuhraya MEX tawarkan tol percuma sempena merdeka

Bersempena tarikh hari kemerdekaan Malaysia yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini, pastinya ramai yang akan meraikannya. Oleh itu, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) telah menawarkan tol percuma buat semua kelas.

Tol percuma ini sah buat lebuhraya MEX sahaja dari 30 Ogos 12:00 malam sehingga 31 Ogos 11:59 malam sahaja. Anda boleh menikmati satu hari tanpa sebarang pembayaran tol. Ia berita baik buat pengguna lebuhraya MEX yang menggunakan lebuhraya itu sebagai jalan utama.

“Laluan tol percuma ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah ini dan boleh dinikmati semua kelas pengguna lebuh raya yang dianggarkan lebih 142,000 pengguna,” menurut Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Komersil MEX.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: