#KhabarBaik – Streamyx akan bertukar kepada Unifi Lite dan tawaran harga baru

Selain dari pengumuman tentang Unifi Air, TM juga turut mengumumkan bahawa plan Streamyx akan bertukar secara automatik kepada Unifi Lite bermula 1 September ini.

Tawaran untuk pelanggan sedia ada akan menjadi RM69, manakala pelanggan baru untuk plan Unifi Lite adalah RM89 untuk kelajuan sehingga 8Mbps.

Dengan ini, tiada lagi plan Streamyx yang akan ditawarkan kelak kerana sudah digantikan dengan Unifi Lite. Pelanggan sedia ada juga boleh melihat perubahan pada bil bulanan mereka pada penghujung September nanti.

Selain itu, TM juga turut mengumumkan bahawa pelanggan Unifi Lite sedia ada dengan plan 10Mbps akan menikmati tawaran harga RM69 bermula September ini juga. Lebih murah daripada sebelum ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: