Kereta terbang pertama Malaysia sudah siap 85% – Akan tiba pada penghujung tahun ini

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof telah mengatakan bahawa prototaip kereta terbang pertama Malaysia sudahpun siap 85%.

Kerja pembinaan kereta ini juga dikatakan sedang dilakukan di negara Jepun oleh syarikat Malaysia kerana negara itu mempunyai alatan industri khusus yang lebih banyak terhadap kereta terbang.

“Projek ini adalah hasil titik peluh usahawan tempatan kita yang mana ia berada pada tahap kemajuan 85 peratus pembangunannya.” katanya

“Saya sendiri telah melihat sendiri proses prototaip ini dibina. Pada September depan juga saya akan menghadiri Persidangan Sektor Penerbangan di Nagoya, Jepun dan berharap dapat melihat kereta terbang yang hampir siap ini.” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, kereta terbang ini akan disiapkan pada tahun ini dan perlu memastikan kesediaan ekosistem dahulu di Malaysia atau mungkin ia akan diperkenalkan dahulu di sana supaya mereka dapat mencuba dahulu ciptaan syarikat dari Malaysia iaitu Aerodyne Group.

Kita juga mungkin akan diperlihatkan versi penuh yang lengkap prototaip kereta terbang ini menjelang Oktober ini atau sekurang-kurangnya pada penghujung tahun ini yang akan dibawa dari Jepun ke Malaysia.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: