Kenapa kualiti gambar dan video ‘Instagram Story’ di iPhone lebih baik berbanding Android?

Sejak kebelakangan ini pelbagai persoalan telah timbul mengenai kualiti gambar dan video yang dipaparkan pada Instagram Story (IG Story) di peranti iOS lebih baik berbanding peranti Android.

Antara permasalahan yang berlaku adalah jika muat naik gambar atau video di IG story melalui iPhone dan lihat di Android, gambar nampak terpotong sedikit bahagian sisi. Manakala semua model iPhone nampak gambar elok tiada apa-apa masalah.

Terdapat juga beberapa pengguna yang menggelar bahawa kualiti gambar dan video IG Story yang dipaparkan dari Android seperti kamera CCTV.

Sebenarnya cara mudah yang anda boleh faham adalah, iOS hanya digunakan oleh iPhone, iPod dan iPad sahaja. Oleh itu, pelbagai aplikasi lebih-lebih lagi Instagram lebih mudah untuk dioptimumkan kesesuainnya buat iOS.

Manakala aplikasi Instagram di Android digunakan oleh pelbagai jenama dan model yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk skrin. Hatta, mempunyai pelbagai pembangun antaramuka yang berlainan setiap OS.

Jadi agak sukar untuk Instagram di Android untuk mendapat kesesuaian. Namun bagi saya ia bukan satu isu yang besar buat bukan pengguna tegar yang betul-betul teliti tentang IG story. Kerana yang penting adalah bahagian feed.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: