Kapasiti bateri Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro tertiris – Spesifikasi dan pelancaran

Sebelum ini kita sudah diperlihatkan dengan rekaan sebenar Huawei Mate 30 yang telah tertiris menunjukkan ia masih mengekalkan rekaan skrin bertakuk dan sedikit perubahan dari segi rekaan kamera utama.

Kini terdapat pula gambar bateri yang tertiris dikongsikan melalui Weibo menunjukkan kapasiti bateri yang dikhabarkan akan digunakan buat telefon pintar Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro.

Buat Mate 30, ia mempunyai bateri sebesar 4200mAh. Manakala Mate 30 Pro mempunyai bateri sebesar 4500mAh. Jarak kebesaran bateri yang tidak terlalu jauh, hanya beza 300mAh sahaja.

Selain itu, laporan dari BGR juga menyebut bahawa Huawei mungkin akan perkenalkan pengecasan tanpa wayar 25W, dan pengecasan pantas yang mempunyai kuasa 55W buat siri Mate 30 yang bakal dilancarkan nanti.

Tambahan lagi pada bahagian lain, Mate 30 Pro mungkin hadir dengan skrin bersaiz 6.71-inci dengan paparan OLED, sokongan segar semula 90Hz dan cip pemproses Kirin 990 buat barisan Mate 30. Tarikh pelancaran juga mungkin akan dijadualkan pada 19 September ini di Munich, German.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: