Kabinet telah sebulat suara meluluskan Gojek

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sebelum ini telah mencadangkan terhadap inisiatif baru dengan membawa masuk Gojek di Malaysia untuk memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan mat motor, lebih-lebih anak muda di negara ini.

Kini Syed Saddiq menerusi Twitter rasmi beliau telah mengesahkan bahawa Kabinet telah sebulat suara meluluskan Gojek di Malaysia. Jika melihat pelaksanaan Gojek di Indonesia, ia memang banyak memberi peluang pekerjaan buat penunggang motosikal.

Memetik laporan dari Berita Harian, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah berkata bahawa Kabinet mengarahkan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan membuat kajian berhubung mekanisme pelaksanaan serta undang-undang berkaitan khusus untuk perkhidmatan itu di Malaysia.

Untuk melaksanakan perkhidmatan Gojek di Malaysia pastinya tidak semudah yang itu. Pelbagai aspek perlu diambil kira, lebih-lebih lagi terhadap keselamatan penunggang dan pemandu, kesesuian motosikal, dan pelbagai lagi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: