Jadual pelepasan Android 10 buat peranti Nokia telah disenaraikan

Pastinya kita semua sudah tahu mengenai pertukaran nama Android yang menggunakan nombor (Android 10) disebalik nama pencuci makanan sebelum-sebelum ini.

Kini menerusi perkongsian dari Twitter Ketua Pegawai Produk Nokia, Juho Sarvis, telah berkongsikan senarai peranti Nokia yang bakal mendapat kemaskini Android 10 mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pada suku tahun keempat (Q4) tahun ini, Nokia Nokia 7.1, Nokia 8.1, dan Nokia 9 PureView akan menjadi peranti pertama dari Nokia untuk mendapat kemaskini Android 10.

Seterusnya diikuti dengan Nokia 6.1, Nokia 6.1 Plus, dan Nokia 7 Plus diantara Q4 2019 dan suku tahun pertama (Q1) tahun 2020. Dan berikutnya, boleh rujuk digambar, bermula dengan Q1 2020 sehinggalah Q2 2020.

Namun tak dapat dipastikan sama ada kemaskini ini akan sama dilepaskan juga buat pengguna Nokia di Malaysia atau tidak.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: