iQOO Pro 5G sah bakal hadir dengan Snapdragon 855+ dan UFS 3.0

Nampaknya pelbagai peranti yang sudah mula menggunakan Snapdragon 855+. Selepas ASUS ROG Phone 2 dan Black Shark 2 Pro, kini giliran model sub-jenama dari Vivo iaitu iQOO Pro 5G pula.

Seperti kita tahu sebelum ini, Snapdragon 855+ hanya memfokuskan pada prestasi, bukan teknologi 5G. Namun, iQOO Pro adalah peranti pertama yang menggunakan Snapdragon 855+ dengan sokongan teknologi 5G.

Syarikat itu juga telah mengesahkan bahawa iQOO Pro 5G akan dilengkapi dengan storan USF 3.0 dan LPDDR4X RAM yang bakal dilancarkan pada 22 Ogos ini.

Selain dari memfokuskan pada teknologi 5G, iQOO Pro 5G juga memfokusakan pada prestasi permainan mudah alih. Ia hadir dengan bateri sebesar 4410mAh, pengecasan pantas 44W, tri-kamera 48MP + 13MP + 12MP, skrin AMOLED 6.41-inci FHD+ dengan resolusi 1080 x 2340, pilihan storan sehingga 512GB dan RAM sehingga 12GB.

Mengikut info yang tertiris sebelum ini, iQOO Pro 5G dengan storan 128GB dan 8GB RAM bakal dijual buat pasaran China dengan harga CNY 4,498 (~RM2,670). Apa pun, nantikan pelancaran rasminya pada 22 Ogos ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: