iPhone 11 dilaporkan menggunakan material skrin OLED yang sama seperti Samsung Galaxy S10 dan Note 10

Seperti kita tahu, Apple pada Septemberi ini bakal melancarkan siri iPhone 11 yang hadir dengan tiga pilihan model dan nama baharu iaitu iPhone 11 (pengganti iPhone Xr)iPhone 11 Pro (pengganti iPhone Xs) dan iPhone Pro Max (pengganti iPhone Xs Max). Dan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max akan menggunakan panel skrin OLED.

Menurut laporan terkini dari industri Korea Selatan, Apple akan menggunakan material skrin panel OLED yang sama seperti Samsung Galaxy S10 dan Galaxy Note 10 buat iPhone 11 Pro.

Laporan itu juga menambah yang sebelum ini Apple menggunakan kod nama ‘LT2’ buat panel OLED iPhone X dan iPhone Xs, kini Apple menggunakan kod nama ‘M9’ buat barisan iPhone 11 Pro.

Dimana kod nama M9 adalah kod nama yang sama digunakan pada Samsung Galaxy S10 dan Galaxy Note 10. Jadi, ia menguatkan bahawa material yang sama akan digunakan buat iPhone baharu nanti.

Dari segi saiz, Apple juga dikhabarkan mengekalkan saiz yang sama seperti siri iPhone 2018 dengan saiz 5.8-inci, 6.1-inci dan 6.5-inci.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: