iPad Pro 2019 dilaporkan akan dilengkapi dengan tri-kamera seperti iPhone 11

Beberapa minggu sahaja lagi pelancaran rasmi siri iPhone 11, kita sudah tahu daripada rekaan yang telah banyak tertiris bahawa siri iPhone 11 akan dilengkapi dengan tri-kamera dengan rekaan yang berlainan.

Tapi nampaknya bukan iPhone 11 sahaja yang akan menggunakan rekaan seumpama itu. Selain Google Pixel 4, Apple iPad Pro 2019 juga dilaporkan oleh Macotakara akan menggunakan rekaan kamera seperti iPhone 11.

Sebelum ini iPad Pro hanya dilengkapi dengan satu kamera 12-megapiksel. Jika iPad Pro menggunakan tri-kamera ini, ia adalah peningkatan yang besar pada fungsi kamera buat iPad.

Laporan juga menyebut bahawa tri-kamera ini akan hadir buat iPad 10.2-inci yang bakal menggantikan model iPad 9.7-inci.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: