iOS 13 BETA 6 dilepaskan – Fungsi baru dan beberapa peningkatan

Apple kini telah melepaskan kemaskini iOS 13 BETA 6 versi khas untuk pembangun, dan akan melepas pada umum dalam masa terdekat. Terdapat beberapa perubahan minoriti pada kemaskini terbaru ini.

Antaranya adalah fungsi Dark Mode kini boleh dibuka dan tutup melalui akses Control Centre dan paparan fail aplikasi kini dilihat lebih tampak mempunyai warna yang samar dengan latar belakang.


Selain itu, terdapat fungsi seperti :

  • Tekan tiga jari yang membolehkan anda akses kepada fungsi Cut, Copy, Paste Undo dan Redo.
  • Amaran penggunaan lokasi pada latar belakang yang akan bertanya sama ada anda ingin membenarkan lokasi diakses dalam tempoh tertentu
  • Kebenaran mengakses Bluetooth yang akan memberitahu anda bahawa aplikasi tersebut akan mengakses sekiranya aksesori sambungan Bluetooth terdapat berdekatan.
  • Tetapan pembesar suara kini memiliki 16 tetapan berbanding sebelum ini mempunyai 34 tetapan.
  • Paparan 4G/LTE kini kembali kepada saiz yang asal. Tiada lagi paparan yang besar.

Dan beberapa lagi kemaskini yang turut diperkenalkan. Bagi pengguna biasa yang ingin mencuba, boleh tunggu versi BETA 6 umum yang akan dikeluarkan kelak.

Gambar : macrumors

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: