ICMP mengesan lebih 40% pengikut palsu Instagram pada selebriti terkenal seperti BTS, Ariana Grande dan ramai lagi

Instagram adalah antara platform media sosial yang cukup terkenal digunakan oleh selebriti untuk berkongsi gambar dan video mereka.

Namun dalam pada itu terdapat penyiasatan yang dilakukan oleh ICMP untuk mengesan pengikut palsu Instagram milik selebriti yang cukup terkenal di Hollywood menunjukkan hasil yang mengejutkan.

Kerana terdapat lebih 50% dari pengikut Instagram mereka adalah palsu. Boleh dikatakan hampir separuh dari pengikut mereka yang berjuta-juta itu adalah pengikut yang palsu. Jika pengikut ada 50 juta, lebih 25 juta adalah palsu. Ia adalah jumlah yang sangat banyak.

Berikut adalah senarai 10 selebriti Hollywood terkenal dengan jumlah pengikut mereka dan jumlah peratusan pengikut palsu.

Jumlah pengikut :

  1. Ellen DeGeneres – 74.4 Juta
  2. BTS – 19.4 Juta
  3. Kourtney Kardashian – 80.4 Juta
  4. Taylor Swift – 119.5 juta
  5. Ariana Grande – 158.9 Juta
  6. Deepika Padukone – 96.1 Juta
  7. Miley Cyrus – 95.5 Juta
  8. Katy Perry – 83.6 Juta
  9. Khloe Kardashian – 96 Juta
  10. Priyanka Chopra – 76.8 Juta

Jumlah peratusan pengikut palsu :

  1. Ellen DeGeneres – 49%
  2. BTS – 47%
  3. Kourtney Kardashian – 46%
  4. Taylor Swift – 46%
  5. Ariana Grande – 46%
  6. Deepika Padukone – 45%
  7. Miley Cyrus – 45%
  8. Katy Perry – 44%
  9. Khloe Kardashian – 43%
  10. Priyanka Chopra – 43%

Selain selebriti berikut, selebriti sukan juga turut tersenarai dalam senarai pengikut palsu yang banyak. Boleh lihat senarai penuh di senarai ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: