Huawei senaraikan peranti yang mendapat kemaskini EMUI 10 terawal

Pastinya ramai pasti tertanya-tanya bila EMUI 10 (Android Q) bakal hadir buat peranti Huawei dan Honor mereka. Kini menerusi forum rasmi Huawei, senarai barisan peranti yang mendapat kemaskini EMUI 10 telah diumumkan.

Yang pertama sudah tentu model paling terkenal Huawei iaitu Huawei P30 dan P30 Pro yang bakal mendapat EMUI 10 versi BETA pada 8 September ini. Dan diikuti oleh semua siri Mate 20 pada hujung September, seterusnya untuk Magic UI 3.0 adalah Honor 20, Honor 20 Pro, View20 dan Magic 2 yang juga penghujung September.

Pelbagai ciri baharu yang bakal diperkenalkan buat EMUI 10 nanti. Antaranya adalah fungsi keselamatan baharu, fungsi sunting video di galeri, dan yang pasti akan ada peningkatan prestasi buat kemaskini terbaru ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: