Huawei perkenalkan Harmony OS – Sistem operasi buat semua peranti

Setelah pelbagai spekulasi tentang sistem operasi Huawei yang disebut sebagai Hongmeng OS sebelum ini, Huawei hari ini akhirnya memperkenalkan sistem operasi mereka yang pertama dikenali sebagai Harmony OS pada acara khas Huawei Developer Conference di China.

Harmony OS adalah sistem yang berteraskan mikro-kernel yang membolehkan ia berfungsi pada semua jenis peranti. Tidak hanya mampu berfungsi pada telefon pintar, malah pada TV pintar, tablet, jam pintar dan pelbagai lagi. Ia sememangnya seperti apa yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Sistem operasi ini lebih seperti OS yang sedang dibangunkan oleh Google iaitu Fuchsia OS yang juga menggunakan mikro-kernel untuk membolehkan ia digunakan oleh pelbagai peranti.

Menariknya lagi dengan OS baru dari Huawei ini, ia akan mempunyai sokongan aplikasi dari Android, HTML5 dan Linux pada masa hadapan. Selain itu, ia turut menggunakan kod program seperti Kotlin, Java, Javascript, C, dan C++.

Huawei turut menambah bahawa OS baru ini sudah mula dibangunkan pada tahun 2017 dan kini ia bermula dengan versi 1.0 dan akan dikemaskini untuk versi berikutnya dari tahun ke tahun mendatang.

Konklusinya, kita sudah tahu bahawa dengan sistem operasi baru ini tidak lain tidak bukan adalah persedian Huawei terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan sekiranya Huawei diberi tekanan lagi.

Namun ia masih awal untuk dikatakan memandangkan OS ini masih baru dan kita tahu, pada bahagian pengguna bukan OS sahaja yang menjadi tarikan, malahan ekosistem juga adalah sesuatu yang penting.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: