Huawei menunjukkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin LCD

Umum sedia maklum bahawa teknologi pengimbas cap jari kebanyakannya digunakan buat panel skrin OLED, bukan LCD. Sebelum ini juga kita pernah dengar bahawa teknologi pengimbas cap jari di skrin sedang dibangunkan buat panel skrin LCD.

Kini Huawei telah menunjukkan teknologi itu buat panel skrin LCD dan ia adalah berita baik buat generasi telefon pintar seterusnya yang menggunakan panel skrin LCD.

Terdapat video yang dikongsikan menunjukkan telefon pintar Huawei yang mempunyai pelindung yang besar untuk merahsiakan model tersebut. Menurut perkongsian itu, paparan boleh dinyahaktifkan melalui pengimbas cap jari skrin hanya dalam 0.3 saat sahaja.

Setakat ini masih belum ketahui model mana yang bakal menggunakan teknologi ini, namun saya menjangkakan teknologi seumpama ini akan lebih banyak dikeluarkan menjelang tahun 2020 nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: