Huawei mengesahkan pelepasan EMUI 10 Beta pada 8 September ini

Pada acara khas Huawei Developers Conference 2019 yang lepas, Huawei telah melancarkan produk terbaru mereka. Disamping itu Huawei juga turut mengumumkan perisian EMUI 10 terbaru yang bakal dilepaskan.

Sebelum ini senarai peranti yang bakal mendapat kemaskini EMUI 10 juga telah disenaraikan. Kini Huawei telah mengesahkan senarai dan tarikh pelepasan kemaskini EMUI 10 Beta buat peranti mereka.

Yang pertama sudah tentu model paling terkenal Huawei iaitu Huawei P30 dan P30 Pro yang bakal mendapat EMUI 10 versi Beta pada 8 September ini. Dan diikuti oleh semua siri Mate 20 pada hujung September.

Seterusnya untuk Magic UI 3.0 adalah Honor 20, Honor 20 Pro, View20 dan Magic 2 yang juga mendapat kemaskini pada penghujung September.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: