Honor Vision kini rasmi – Hadir dengan 2 model dan Harmony OS

Honor akhirnya telah melancarkan TV pintar pertama mereka yang hadir dengan 2 pilihan iaitu Honor Vision dan Vision PRO yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 55-inci, paparan 4K HDR dan 94% ratio badan-ke-skrin.

TV pintar ini juga adalah yang pertama menggunakan sistem operasi terbaru keluaran Huawei, tak lain tak bukan adalah Harmony OS. Dikuasakan dengan cip pemproses Honghu 818 yang mempunyai 4-core Mali-G51 GPU, Quad-core CPU, 2 A53 core dan 2 A73 core.

Dengan cip pemproses Honghu 818, ia membolehkan TV pintar ini mengoptimumkan kualiti pembesar suara melalui fungsi yang dipanggil sebagai HuaweiHisten.

Honor Vision turut dilengkapi dengan 4 pembesar suara 10W, manakala Vision PRO mempunyai 6 pembesar suara 10W.

Kedua-duanya juga menyokong resolusi 8K 30fps dan 4K 120fps. Menariknya lagi, ia juga turut dilengkapi dengan kamera pop-naik 64MP yang mempunyai teknologi AI yang menggunakan cip pemproses HiSilicon Hi3516DV300 yang mampu mengimbas wajah dan meningkatkan kualiti gambar.

Antara lain adalah high dynamic range (HDR), automatic color management (ACM), super-resolution (SR)noise reduction(NR), dynamic contrast improvement (DCI), dan teknologi motion estimation motion compensation (MEMC) yang mampu memberi pengalaman penuh buat TV pintar yang berkuasa dan kelas premium.

Harga yang ditawarkan buat Vision dengan storan 16GB berharga CNY 3,799 (~RM2,250), manakala versi PRO dengan storan 32GB bernilai CNY 4,799 (~RM2,843).

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: