Harga dan spesifikasi Oppo Reno 2, Reno 2Z, dan Reno 2F tertiris

Baru-baru ini Oppo telah mengumumkan siri Oppo Reno 2 yang terbaru dan pelancarannya juga sudah dijadualkan pada 28 Ogos ini yang dilengkapi dengan quad-kamera dan keupayaan 20x kali zoom.

Kini terdapat ura-ura yang telah tertiris mengenai spesifikasi dan harga siri Oppp Reno 2. Melalui laporan, Oppo bakal memperkenalkan Reno 2, Reno 2Z dan Reno 2F.

Spesifikasi

Reno 2 dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 730G, mempunyai skrin sebesar 6.5-inci dengan paparan AMOLED FHD+, mempunyai pengimbas cap jari di skrin dan ketahanan Gorilla Glass 6, ratio badan-ke-skrin 93.1%, 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Pada bahagian lain, Reno 2 mempunyai bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0, dilengkapi dengan quad-kamera 48MP f/1.7 Sony IMX586, 8MP sudut lebar, 13MP yang menyokong 2x optikal zoom dan sensor kamera bokeh 2MP. Juga kamera swafoto pop-naik sirip ikan 16MP.

Manakala Reno 2Z dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio P90, mempunyai skrin sebesar 6.53-inci dengan paparan AMOLED FHD+, mempunyai pengimbas cap jari di skrin dan ketahanan Gorilla Glass 5, 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Pada bahagian lain, Reno 2Z mempunyai bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0, dilengkapi dengan tri-kamera 48MP f/1.7 Sony IMX586, 8MP sudut lebar dan sensor kamera bokeh 2MP. Juga kamera swafoto pop-naik sirip ikan 16MP.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang didapati mengenai Reno 2F. Antara yang tertiris, Reno 2F mungkin dilengkapi dengan kamera 48MP Samsung ISOCELL Bright GM1.

Harga dan pelancaran

Harga yang ditawarkan buat Oppo Reno 2 berharga Rs 35,000 (~RM2,051), manakala Reno 2Z berharga Rs 25,000 (~RM1,465), dan Reno 2F dibawah harga Rs 20,000 (~RM1,172). Dijangka kesemua siri Oppo Reno baharu ini akan dilancarkan menjelang bulan Oktober ini di India.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: