Fon sebenar Huawei Mate 30 terdedah

Huawei Mate 30 dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini jika mengikut dari pelancaran siri Mate sebelum ini. Dalam pada itu, terdapat fon sebenar Mate 30 yang telah terdedah.

Gambar yang tertiris ini dikhabarkan telah digunakan semasa dalam kereta api, dimana seseorang menggunakannya sebagai unit percubaan untuk penggunaan harian. Kebiasaannya sebelum ia dilancarkan, fon tersebut akan digunakan untuk percubaan. Sama seperti fon sebenar Galaxy Note 10 dan Google Pixel 4 yang terdedah sebelum ini.

Dari segi rekaan, Mate 30 dikhabarkan menggunakan skrin jenis paparan air terjun (Waterfall) yang melengkung dibahagian sisi dan masih mengekalkan takuk (notch).Namun tak dapat dipastikan tentang resolusi, kadar segar semula atau saiz yang digunakan.

Manakala pada bahagian belakang, Mate 30 yang terdedah ini menggunakan pelindung khas bagi menutupi bentuk kameranya terdedah pada umum. Namun ramai berpendapat bahawa rekaan kamera yang digunakan adalah berbentuk bulat, berbeza dari Mate 20 sebelum ini.


FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: