Fon sebenar Google Pixel 4 yang lebih jelas terdedah

Beberapa bulan ini kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai maklumat tentang Google Pixel 4 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Bahkan pihak Google sendiri telah mendedahkan rekaan bahagian belakang.

Selain dari rekaan, terdapat juga fungsi terbaru yang didedahkan oleh Google dengan ciri pengimbas wajah seakan Apple Face ID dan pengawalan gestur menggunakan tangan tanpa menyentuhnya apabila berdekatan dengan telefon.

Kini terdapat pula gambar fon sebenar Google Pixel 4 yang lebih jelas dipegang oleh seseorang telah terdedah. Menerusi gambar dapat lihat rekaan pada bahagian hadapan dan belakang yang lebih realistik.

Spesifikasi Google Pixel 4 boleh lihat di pautan ini.

Seperti yang tertiris sebelum ini, bahagian hadapan mempunyai bingkai dan satu kamera swafoto bersama sensor. Manakala pada bahagian belakang rekaan modul kamera segi empat dengan tri-kamera bersama lampu flash dibahagian bawahnya.

Merujuk pada gambar juga, warna Pixel 4 yang ditunjukkan adalah berwarna Hitam berkilat yang menunjukkan peranti ini menggunakan panel belakang kaca dan mempunyai butang kuasa berwarna putih pada bahagian sisi kanan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: