Filem BoBoiBoy Movie 2 mencatatkan kutipan sebanyak RM9.9 juta dalam masa 5 hari!

Filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) adalah satu-satunya filem animasi tempatan yang mendapat kutipan sebanyak RM1.18 juta pada hari pertama filem ini ditayangkan.

Kini selepas 5 hari ia ditayangkan, BBBM2 telah mencatatkan kutipan sebanyak RM9.9 juta dengan penonton seramai 763,000 buat tayangan di negara Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia sememangnya adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan buat filem animasi tempatan.

Tambahan lagi, filem ini juga dilaporkan adalah filem yang sedang hangat dijual dipawagam dengan status ‘selling fast’. Nampaknya Animonsta Studio memang memilih tarikh yang bersesuaian dengan hari cuti umum.

Pada anda yang ingin mencari filem yang bersesuaian minggu ini, filem BoBoiBoy Movie 2 adalah filem yang boleh saya cadangkan untuk anda tonton. Sesuai untuk lapisan umur dan dijamin menghiburkan.

Tahniah atas kejayaan filem BBBM2!

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: