Fasa kedua program Made By Malaysia, Loved By The World

Facebook kini dilihat adalah antara paltform yang kuat buat pemasaran secara digital. Menurut data, sebanyak 97% SME di Malaysia yang percaya bahawa pemasaran secara digital di media sosial amat penting untuk memasarkan produk dan servis sekaligus menjana peningkatan penjualan yang lebih meluas.

Program ‘Made By Malaysia, Loved By The World’ tak lain tak bukan adalah salah satu inisiatif Facebook Malaysia untuk membantu syarikat SME dalam pemasaran secara digital yang kini sudah masuk fasa ke-2.

Dua syarikat yang terlibat dalam program ini adalah Oleh Elona yang memfokuskan kepada produk kecantikan buat penyakit Eczema dan kulit yang sensitif dan juga turut disertai oleh Auntie TIM yang mencipta resipi sambal sedia-dimasak dengan pelbagai citarasa yang berlainan.

Pemilihan pemasaran secara digital tidak lain tidak bukan adalah kerana ia adalah lebih mudah dan lebih murah berbanding pemasaran menerusi platform lain menurut pengusaha produk Oleh Elona.

Tambahan lagi, program ini juga akan berlangsung pada 28 Ogos dimana SME akan mempelajari pelbagai cara untuk pemasaran secara digital dan pelbagai lagi.

Info lanjut : https://madebyyou.fb.com/my/

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: