Falsafah rekaan telefon pintar Oppo

Jenama Oppo sudah pastinya bukan jenama yang asing lagi di Malaysia. Kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai rekaan yang estetik, teknologi baharu dan warna menarik yang diperkenalkan oleh Oppo Malaysia.

Oppo dilihat terkenal dikalangan pengguna yang remaja. Antara telefon pintar yang menarik dari segi rekaan adalah seperti Oppo Find X, F11 Pro, siri Reno yang baharu dan pelbagai lagi yang membuatkan Oppo mempunyai DNA rekaan yang tersendiri.

Kita sudah lihat persaingan sebelum ini yang menampilkan nisbah skrin seperti “skrin notch”, “skrin water drop”, “paparan hole-punch “. Reka bentuk yang sangat “alien” ini boleh meningkatkan nisbah skrin tetapi jangan lupa, satu unsur penting yang hilang, iaitu pengalaman pengguna itu sendiri.

Walaupun nisbah skrin telah meningkat, pengalaman pengguna telah dikompromi dan ia membawa kepada gangguan apabila pengguna yang sedang memainkan video atau bermain permainan. Dari sudut estetik Oppo, skrin notch atau takuk adalah satu bentuk kegagalan.

Namun bagi Oppo, semua produk harus direka bentuk berdasarkan karya seni yang indah dengan gaya. Dari mesin kejuruteraan hingga produk akhir, elemen estetik tidak pernah gagal untuk wujud dalam keseluruhan proses yang dilaksanakan Oppo.

DNA rekaan telefon pintar Oppo yang unik ini dicipta dengan teliti buat telefon pintar mereka. Hasil akhir yang boleh diiktiraf sebagai “telefon pintar indah OPPO” secara dalaman, mahupun luaran.

Oppo juga mempunyai 4 elemen yang ditekankan terhadap rekaan telefon pintar mereka. Yang pertama adalah paksi tengah yang memberi maksud “keindahan keseimbangan” sentiasa menjadi unsur yang sangat penting dalam estetika dan seni sejak dahulu lagi.

Oppo mendapat inspirasi daripada bangunan-bangunan bersejarah untuk mencipta rekaan telefon pintar mereka pada paksi yang sama untuk mencapai “keindahan keseimbangan”.

Manakala yang keduanya adalah padanan warna yang unik membuatkan telefon pintar Oppo dilihat lebih cantik dan tidak membosankan. Oppo telah diilhamkan oleh landskap semulajadi seperti bintang, lautan dan air terjun sejak lama dahulu.

Kita boleh lihat dari segi rekaan Oppo Reno yang terbaharu dimana unsur warna hijau Ocean Green yang diperkenalkan diilhamkan dari alam semula jadi. Dan warna Sunset Rose turut diilhamkan oleh matahari terbenam, mawar putih dan kerang di pantai. 

Yang ketiga adalah rekaan G3 melengkung, yang mempunyai konsep menyerupai sekeping batu permata yang tidak hanya melihat kristal, tetapi anda juga dapat merasakan perasaan yang halus ketika dipegang di tangan anda.

Permukaan melengkung G3 digunakan di semua penjuru telefon yang diproses dengan bentuk ‘arc’. Ia juga memastikan bahawa permukaan penutup belakang sepenuhnya lancar dan tiada lekuk, yang membuatkan pengguna berasa seperti memegang sekeping batu ‘jade’.

Dan yang terakhir adalah rekaan tanpa sempadan yang dicerminkan dalam semua aspek rekaan telefon pintar Oppo yang kita boleh lihat melalui rekaan Find X dan siri Reno.

Kita boleh lihat dari tahun 2018 Oppo telah mencuba untuk mencipta telefon dengan rekaan tanpa sempadan yang bebas dari paparan takuk dengan skrin panorama. Menggunakan modul kamera bermotor demi mencapai paparan skrin yang penuh.

Rekaan yang estetik adalah keutamaan Oppo. Konsep ini telah diterjemahkan sebagai bahasa reka bentuk Oppo supaya semua produk yang dikeluarkan oleh Oppo sangat dikenali kerana bagi mereka semua produk harus direka bentuk berasaskan karya seni yang indah dengan gaya.

Bagi Oppo sendiri, telefon pintar bukan semata-mata alat komunikasi, ia juga sekeping seni untuk memaparkan pernyataan peribadi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: