DreamEDGE dipilih sebagai pembangun kereta nasional ketiga

Sebelum ini kita sudah dengar Perdana Menteri Tun Mahathir mempunyai hasrat untuk kereta nasional seterusnya selepas Proton. Kini, syarikat penyelidikan dan pembangunan tempatan iaitu DreamEDGE, telah dipilih sebagai syarikat pembangun kereta nasional yang ketiga.

Kereta nasional ini adalah bagi menggantikan kereta nasional Proton yang kini sudah dimiliki oleh syarikat automotif dari China iaitu Zhejiang Geely Holding Group Co atau lebih dikenali sebagai Geely.

DreamEDGE juga dilaporkan akan menggunakan teknologi dari Jepun oleh syarikat Daihatsu Motor Company dan kereta yang dikeluarkan nanti juga dijangka menggunakan teknologi hibrid pada model sedan segmen C.

Pertengahan bulan September ini akan menjadi permulaan projek kereta nasional ini dan syarikat itu juga akan menunjukkan prototaip rekaan kereta itu menjelang bulan Mac 2020 nanti. Manakala model kereta sebenar akan diperkenalkan pada Mac 2021.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: