DJI melancarkan Osmo Mobile 3 yang boleh dilipat dan lebih ringan

DJI Osmo Mobile adalah gimbal serba boleh yang dicipta khas buat telefon pintar. Kini DJI telah melancarkan model Osmo Mobile 3 yang seterusnya dengan beberapa ciri menarik.

Antara ciri terbaru adalah ia mempunyai keupayaan dilipat untuk memudahkan pengguna membawa kemana sahaja, juga menawarkan beberapa mod seperti ActiveTrack 3.0, Sport, Story, kawalan gestur dan pelbagai lagi.

Rekaannya juga membolehkan anda mencucuk kabel USB untuk mengecas telefon atau meletakkan mikrofon tambahan. Hatta, Osmo Mobile 3 juga menggunakan jenis pengecasan USB-C dan ketahanan bateri sehingga 13 jam.

Selain itu, ia juga mempunyai saiz yang lebih kecil dan lebih ringan berbanding model sebelumnya. Osmo Mobile 3 dijual dengan harga $119 (~RM498) jika mengikut tukaran wang asing semasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: