Dego Ride kembali beroperasi dengan menawarkan tambang percuma sebagai fasa ujian

Dego Ride adalah perkhidmatan e-hailing yang menggunakan motosikal untuk membawa penumpang yang diusahakan oleh syarikat tempatan.

Konsep yang digunakan adalah seperti GoJek dan ia bukan baru di Malaysia kerana Dego Ride pernah beroperasi sekitar November 2016 dengan tawaran tambang RM2.50 terhad pada 3KM sahaja. Namun ia diharamkan atas alasan keselamatan.

Dengan pengumuman dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengenai perkhidmatan teksi motosikal bakal dikembalikan buat menambah peluang pekerjaan pada anak muda, lebih-lebih lagi mat motor. Sekaligus ia adalah berita baik buat Dego Ride untuk kembali beroperasi di Malaysia.

Menariknya, Dego Ride bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penghantaran penumpang, malah menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan. Seperti yang dilakukan oleh runner freelance.

Dego Ride juga dilihat sebagai alternatif yang lebih pantas untuk penumpang pergi ke mana sahaja tanpa mengharungi kesesakan lalu lintas yang terlalu padat. Anda boleh menggunakan topi keledar sendiri, juga boleh gunakan topi keledar yang disediakan oleh Dego Ride.

Bermula hari ini, Dego Ride menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang secara percuma untuk penggunaan buat kali pertama, dan selepas itu caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM3 dengan jarak 3KM untuk kawasan yang berdekatan sahaja.

Buat masa ini perkhidmatan Dego Ride hanya tersedia di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang sahaja. Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Dego Ride di pautan ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: