Celcom mendedahkan harga rasmi Samsung Galaxy Note 10 di Malaysia

Celcom hari ini telah mendedahkan harga rasmi Samsung Galaxy Note 10 dan telah membuka pra-tempahan buat peranti berikut dengan harga jualan seperti Galaxy Note 9 pada awal ia diperkenalkan.

Pra-tempahan bermula pada 8 Ogos ini sehingga 18 Ogos dan akan mula dijual bermula 22 Ogos ini. Yang menariknya lagi pembeli pra-tempahan Galaxy Note 10 256GB akan mendapat percuma Galaxy Buds, Samsung Battery Pack dan penambahan jaminan waranti satu tahun.

Manakala Galaxy Note 10+ 256GB mendapat naiktaraf kepada 512GB, Samsung Battery Pack dan juga penambahan jaminan waranti satu tahun. Namun maklumat spesifikasi masih lagi belum diketahui.

Berikut adalah senarai harga jualan :

  • Galaxy Note 10 256GB – RM3,699
  • Galaxy Note 10+ 256GB – RM4,199
  • Galaxy Note 10+ 512GB – RM4,799

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: